GEORGE TOWN: Kenaikan harga kelapa secara mendadak sejak Oktober lalu memberi kesan besar kepada peniaga santan sehingga memaksa mereka turut menaikkan harga jualan. Seorang peniaga santan, Abdul Rahim Omar berkata, kenaikan harga santan tidak dapat dielakkan memandangkan mereka sendiri menerima bekalan isi kelapa pada harga yang tinggi. “Harga isi kelapa naik terlalu mendadak, kalau dahulu, dalam masa 20 tahun harga naik RM3, sekarang ini, dalam tiga bulan sahaja naik sebanyak…











