Lapan terselamat, dua kenderaan terbakar

Lapan terselamat, dua kenderaan terbakar

SEBUAH Perodua Alza dan sebuah Mercedes A250 Sport rentung dalam satu kebakaran selepas bertembung dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Lapan termasuk seorang warga emas dan seorang kanak-kanak cedera apabila sebuah Perodua Alza bertembung dengan Mercedes A250 Sport sebelum terbakar dalam satu kemalangan di Jalan Tun Sardon di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, da­lam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, hampir kesemua mangsa cedera di bahagian kaki dan tangan.

Katanya, kemalangan berlaku apabila kereta Mercedes yang dinaiki tiga lelaki dalam perjalanan dari Balik Pulau ke George Town secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Secara kebetulan, kereta itu bertembung dengan sebuah Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga. Ketika itu, mereka dikatakan dalam perjalanan menghala ke Balik Pulau selepas pulang bercuti di Hatyai, Thailand.

“Akibat pelanggaran ter­sebut, kedua-dua kenderaan terbakar di tempat kejadian. Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam dan anggota yang berkejar ke lo­kasi,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN