PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemas kini modul dan latihan keselamatan kepada pengawal keselamatan dan polis bantuan bagi menghadapi risiko ancaman di kompleks beli-belah. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, insiden tembakan di tempat awam seperti di Setia Alam, Shah Alam baru-baru ini memberi satu perspektif berbeza kepada KDN terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Saya akan meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis…