PUTRAJAYA: Sebarang Titah Adendum melibatkan pelaksanaan tahanan di rumah dianggap pramatang untuk diterima sebagai satu keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) jika belum memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa, Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, syarat-syarat itu ialah Titah Adendum perlu diangkat kepada Mesyuarat Lembaga Pengampunan terlebih dahulu sebelum YDPA membuat pertimbangan mengikut kuasa prerogatif baginda. Katanya, dari sudut prinsip Perkara 42…

 
								 
											








