KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yakin setiap kenyataan yang dikeluarkannya adalah demi kepentingan PKR meskipun sudah dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti November lalu. Katanya, hubungan beliau dengan pimpinan parti dan ahli di peringkat akar umbi kini baik dan tiada sebarang masalah. Malah jelasnya, beliau tetap berpegang teguh dengan keterbukaan parti itu dalam meraikan kebebasan bersuara yang menjadi asas perjuangan parti tersebut dari dulu sehingga kini. “Keadilan…