Kes tipu isteri Along Cham: Wanita miliki rekod tipu di empat negeri

Kes tipu isteri Along Cham: Wanita miliki rekod kes tipu di empat negeri

HUSSEIN Omar Khan pada sidang akhbar di Shah Alam, Selangor hari ini.-UTUSAN/AFIQ RAZALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang wanita yang diberkas bagi siasatan kes penipuan melibatkan isteri pelakon dan pelawak Along Cham mempunyai rekod kes penipuan di empat buah negeri. 

 Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek berusia lingkungan 20-an itu terlibat dalam lima kes penipuan di Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.

“Selain itu, semakan mendapati wanita berkenaan dikehendaki berkaitan laporan di Tanjung Aru, Sabah. 

“Suspek dan suaminya kini masing-masing direman selama empat dan tiga hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini. 

Utusan Malaysia semalam melaporkan polis menahan pasangan suami isteri berkait kes penipuan berjumlah RM95,180 membabitkan isteri Along Cham, Afreena Suhaimi berhubung tawaran menukar hukuman.

Pasangan berusia 20-an itu ditahan pukul 10 malam kelmarin di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang.

Polis setakat ini telah merekodkan keterangan tiga individu termasuk Afreena susulan laporan dibuat Afreena Suhaimi, berhubung kes penipuan melibatkan dana berjumlah hampir RM100,000.

Tambah Hussein, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan sama ada wujud penglibatan pihak berkuasa berhubung dakwaan dapat menurunkan atau mengurangkan tuduhan terhadap Along Cham.

“Bagaimana boleh menyakinkan mangsa kononnya boleh menguruskan dengan pihak berkuasa bagi tuduhan itu masih dalam siasatan.

“Kita sedang kesan siapa pihak berkuasa terlibat itu sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain. Adakah ia betul atau satu tuduhan kepada pihak berkuasa,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN