PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak akan melaksanakan sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) melibatkan petugas kesihatan pada 1 Februari ini seperti yang didakwa oleh pihak tertentu. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan, dakwaan kononnya sistem baharu itu bakal diteruskan juga pada 1 Februari depan sebagai percubaan fasa awal adalah tidak benar. “Sekali lagi dijelaskan, meskipun cuma perintis ia hanya boleh mula jika diluluskan oleh menterinya dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya…










