Pupuk kasihi haiwan sejak kecil

Pupuk kasih sayang haiwan sejak kecil

TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Majlis Penutup Pertandingan dan Pameran Kucing di Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur (UIAM), Gombak.-UTUSAN/FIRDAUS M JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Kasih sayang terhadap haiwan perlu dipupuk sejak kecil bagi membentuk masyarakat yang berperikemanusiaan, ihsan dan penyayang, titah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda berkongsi pengalaman membesar dikelilingi pelbagai haiwan yang membentuk rasa empati dan tanggungjawab terhadap semua makhluk ciptaan Tuhan.

“Sejak kecil, saya dibesarkan dalam rumah yang ibarat zoo. Semua binatang ada di rumah saya. Jadi saya dibesarkan bersama binatang dan diajar untuk menyayangi binatang serta hidup bersama mereka,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutup Pertandingan dan Pameran Kucing Peringkat Kebangsaan 2025 (NCSE2025) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak, hari ini.

Tunku Azizah turut berkongsi kisah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pernah beradu bersama puluhan ekor kucing ketika remaja sekaligus mencerminkan kecintaan institusi diraja terhadap kebajikan haiwan.

“Tuanku Sultan Pahang memang satu-satunya yang sayangkan kucing. Semasa usia belasan tahun, Tuanku beradu di dalam bilik air bersama 25 ekor kucing dan Tuanku ingat semua nama kucing itu, namun sekarang tidak lagi kerana Tuanku menghidap asma.

“Saya teringat Tengku Permaisuri Selangor yang juga begitu sayangkan kucing. Tahun 2023, ketika kami pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji, Tengku Permaisuri Selangor membawa dua beg besar makanan dari Malaysia untuk diberi kepada kucing-kucing di sekitar masjid,” titahnya. 

Baginda juga ada menceritakan pengalaman menyelamatkan anak kucing yang hampir tenggelam di kolam rumahnya sambil menegaskan bahawa setiap perbuatan ihsan terhadap haiwan membawa nilai kemanusiaan yang tinggi.

NCSE2025 dianjurkan oleh Kelab Abu Hurairah UIAM dan menjadikan UIAM sebagai universiti awam pertama yang menganjurkan program kebajikan haiwan peringkat kebangsaan secara menyeluruh.

Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran kebajikan haiwan, termasuk pemahaman terhadap Akta Kebajikan Haiwan serta penglibatan aktif pelajar dan komuniti.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN