KUALA SELANGOR: Rondaan keselamatan di sekitar Taman Indusri Alam Jaya, Puncak Alam di sini, perlu dipertingkatkan selepas dikesan menjadi lokasi makmal haram terbesar dadah, minggu lalu. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kawasan perindustrian itu meliputi deretan bangunan kedai dan kilang yang terletak agak terpencil. Kawasan itu mempunyai beberapa lorong jalan dengan kebanyakan premis menjalankan aktiviti perniagaan seperti besi dan barangan borong. Penduduk yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 60-an berkata dia terkejut…










