Chegubard diambil keterangan pihak polis

Chegubard diambil keterangan pihak polis

BADRUL Hisham Shaharin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin dipanggil polis untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) hari ini.

Siasatan dijalankan susulan dakwaan Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard mengenai kes rogol membabitkan seorang anak menteri.

Chegubard berkata, dia diminta hadir di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields di sini pada 10 pagi bagi siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Saya dipanggil ke IPD Brickfields berhubung isu anak Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri Saifuddin Nasution) dan saya disiasat di bawah Seksyen 233 SKMM.

“Ini berkenaan kenyataan saya berhubung anaknya yang didakwa menyerang seorang wanita. Itu hal peribadi namun ini berkenaan ‘rule of law’ apabila terdapat laporan polis dan siasatan dijalankan kes berkenaan,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Brickfields di sini hari ini.

Chegubard hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali kira-kira 10 pagi dan proses tersebut berakhir pada 11.30 pagi. 

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Utusan Malaysia sedang mendapatkan pengesahan pihak polis berkaitan kes terbabit.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN