Penyelenggaraan projek PPR siap sepenuhnya hujung tahun ini

Penyelenggaraan projek PPR siap sepenuhnya hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Kuala Lumpur siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadhlun Mak Ujud berkata, setakat ini DBKL merekodkan sebanyak 22 projek telah berjaya disiapkan termasuk PPR Desa Tun Razak.

“Daripada keseluruhan kerja yang dilaksanakan, hampir 22 telah disiapkan. Kerja-kerja ini melibatkan tiga komponen utama iaitu mengecat bangunan, menaik taraf sistem pencegahan kebakaran serta kerja-kerja turapan jalan dan sistem perparitan.

“Seperti di PPR Desa Tun Razak sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja mengecat, RM1.68 juta bagi menaik taraf sistem pencegahan kebakaran dan elektrikal termasuk sistem riser, manakala hampir RM1 juta lagi digunakan untuk kerja-kerja turapan jalan serta pembaikan sistem perparitan,” katanya dalam sidang akhbar di PPR Desa Tun Razak, di sini hari ini.

Beliau berkata, baki kerja-kerja naik taraf akan diteruskan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.

Menurut Fadhlun, isu kekurangan parkir antara masalah utama yang dihadapi penduduk di kawasan PPR Desa Tun razak.
“Isu parkir masih lagi menjadi isu utama. Sebenarnya kita ada kemudahan parkir di sini tapi ia berbayar dan itu mungkin antara faktor.

“Sebagai penyelesaian sementara, sekiranya terdapat tanah kosong yang bersesuaian, kita akan melihat kemungkinan untuk menjadikannya kawasan parkir sementara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN