6,000 surat tawaran haji diserah bakal jemaah

20 peratus bakal jemaah sudah terima surat tawaran

Mohd Na’im Mokhtar menyampaikan plak penghargaan kepada Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris pada Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ketiga (KHUP 3) di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, semalam. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sejumlah 6,000 atau kira-kira 20 peratus bakal jemaah telah bersetuju menerima tawaran haji bagi menunaikan ibadah itu musim 1446H/2025M setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pengedaran surat tawaran haji tersebut dijangka selesai diserahkan kepada bakal jemaah sehingga 15 Januari ini.

“Setakat ini 20 peratus atau pun 6,000 surat tawaran haji telah dikeluarkan dan diterima bakal jemaah).

“Jadi kalau tidak terima sampai 15 Januari ini, maka tak adalah tawaran. Yang telah menerima surat tawaran haji itu maknanya mereka sudah pergi pemeriksaan kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1446H/2025M di sini, semalam.

Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim 1446H/2025M dikeluarkan secara berperingkat bermula 16 Disember lalu.

Perkara itu diumumkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman.

Syed Hamadah berkata, bakal haji perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab tawaran.

Bayaran haji bagi tahun 2025 naik 20 peratus bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 dan M40 susulan peningkatan kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Na’im berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) menerima kira-kira 60,000 rayuan haji bagi musim ini sejak 19 Disember lalu sehingga hari ini.

Menurutnya, pihak TH akan mula memproses rayuan tersebut selepas 15 Januari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×