Maklum balas jemaah haji diteliti

Maklum balas jemaah haji diteliti

ZULKIFLI Hasan meninjau khemah jemaah Malaysia di Arafah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Segala cadangan penambahbaikan operasi haji tahun ini diberi perhatian bagi memastikan tahap perkhidmatan dan kebajikan jemaah terus dipertingkatkan pada masa hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya menerima pelbagai pandangan oleh jemaah yang memberikan maklum balas operasi haji kali ini.

“Alhamdulillah kemudahan yang baik dan juga banyak maklum balas-maklum balas yang kami terima adalah sangat positif.

“Ada juga maklum balas yang konstruktif. Kita sudah ambil perhatian dan Insya-Allah kita akan laksanakan cadangan cadangan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Khemah Jemaah Malaysia di Arafah di sini hari ini.

Selain meninjau keadaan jemaah di khemah penginapan, Zulkifli juga melawat lokasi di mana jemaah diberi rawatan kesihatan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, petugas kesihatan memainkan peranan amat cemerlang apabila memberikan rawatan secara profesional bagi memastikan kebajikan jemaah sentiasa berada pada tahap terbaik sepanjang operasi masyair berlangsung.

“Kita nampak bagaimana rawatan diberikan dengan begitu sistematik sekali. Mudah-mudahan semua jemaah yang diuji dengan kesihatan juga dapat menunaikan wukuf di Arafah dan menyempurnakan haji mereka dengan sebaiknya,” katanya.

Menurut Zulkifli, hari Arafah merupakan detik paling besar dan bermakna bukan sahaja kepada jemaah Malaysia, malah seluruh umat Islam dari segenap dunia yang berhimpun sebagai tetamu Allah.

Katanya, seluruh rakyat Malaysia diminta agar terus mendoakan kesejahteraan jemaah haji negara supaya dikurniakan kesihatan, dipermudahkan segala urusan ibadah dan memperoleh haji yang mabrur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN