10 pasangan sambut bayi tahun baharu 2025

10 pasangan sambut bayi tahun baharu 2025

HOSPITAL Columbia Asia Iskandar Puteri meraikan 10 pasangan yang menyambut kelahiran bayi tahun baharu 2025, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kedata­ngan tahun baharu 2025 memberi makna istimewa bagi 10 pasa­ngan yang menyambut kelahiran cahaya mata mereka di Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri, di sini semalam.

Pegawai Bank, Nur Fatin Adam, 33, dan suaminya, Muhammad Nazirul Md. Yusof, 33, menjadi pasangan pertama menyambut bayi pada tahun ini di hospital berkenaan pada pukul 3.03 pagi.

“Alhamdulillah syukur, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.04 kilogram (kg) yang dilahirkan pada 1 Januari. Kami bersyukur dengan kelahiran ini dan bertuah kerana dapat meraikan ulang tahun kelahirannya pada tarikh istimewa setiap tahun,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kegembiraan sama turut dikongsi suri rumah, Teo Shi Han, 26, dan suaminya, Tan Choon Guan, 37, yang menyambut kelahiran anak pertama pada pukul 2.17 petang.

“Kami amat berterima kasih kepada doktor dan jururawat atas layanan mesra dan perkhidmatan terbaik sepanjang proses bayi lelaki seberat 2.81 kg kami ini,” kata Choon Guan, seorang operator kren dari Taman Laman Setia, Gelang Patah.

Pasangan dari Medini, Siti Nur Shahila Shamsuddin, 28, dan suami, Burhan Hakeem Abdullah, 28, turut bersyukur atas kelahiran anak perempuan pertama pada 5.41 petang.

“Bayi ini menjadi anugerah istimewa sempena tahun baharu. Bayi kami lahir seberat 2.86kg dan disambut penuh rasa syukur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif hospital berkenaan, Dr. Ding Eng Li berkata, pihaknya berbangga dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pasangan yang menyambut kelahiran bayi mereka pada tahun baru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini