LIPIS: Biarpun cuaca baik dan tidak hujan, beberapa kawasan di daerah ini tetap dilanda banjir ekoran menerima limpahan air dari kawasan hulu. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa kawasan tumpuan iaitu Dataran Orang Kaya Haji dan padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Orang Kaya Haji dinaiki air sejak kelmarin. Turut terjejas beberapa laluan dari Lipis ke Jerantut termasuk jalan berhampiran SMK Kerambit yang dinaiki air namun masih boleh dilalui oleh kenderaan ringan.…