PARLIMEN: PDRM buka 78 kertas siasatan berhubung perhimpunan haram

PARLIMEN: PDRM buka 78 kertas siasatan berhubung perhimpunan haram

SAIFUDDIN Nasution Ismail - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka sebanyak 78 kertas siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) bagi tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 39 daripada 78 kertas siasatan adalah tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Kata beliau, satu kertas siasatan sudah dituduh dan 38 kes masih dalam tindakan untuk siasatan lanjut.

“Sebelum perhimpunan berlangsung, pihak PDRM akan memanggil individu atau pihak penganjur hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

“Ini untuk menerangkan syarat-syarat yang telah digariskan dalam Seksyen 9(1) APA 2012 supaya perhimpunan yang akan diadakan tidak berlaku sebarang kemungkinan perkara yang tidak diingini.

“Penganjur juga akan dipanggil hadir ke IPD setelah perhimpunan diadakan apabila terdapat kesalahan-kesalahan yang berlaku semasa perhimpunan, sama ada pihak polis mengambil keterangan atas kesalahan semasa perhimpunan tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang memintanya menyatakan bilangan siasatan dan pendakwaan di bawah APA 2012 pada tahun 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN