‘Retis’ adalah sebuah ejekan yang menjatuhkan maruah insan seni - Ellie Suriaty - Utusan Malaysia

‘Retis’ adalah sebuah ejekan yang menjatuhkan maruah insan seni – Ellie Suriaty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Ellie Suriaty menegur sesetengah pihak yang gemar menggunakan perkataan ‘retis’ untuk merujuk kepada penggiat seni tanah air.

Lantang mempertahankan maruah, Ellie menyifatkan panggilan itu sebagai penghinaan terhadap pekerjaan setiap individu yang bergelar artis.

“Dalam industri seni kreatif, tiada istilah pekerjaan ‘retis’. ‘Retis’ itu apa?

“Bagi saya seorang penggiat industri seni kreatif, rujukan artis sebagai ‘retis’ adalah sebuah ejekan yang menjatuhkan maruah insan seni,” katanya di Instagram.

Tambah Ellie, penglibatan setiap artis dalam industri seni tanah air sama seperti pekerjaan lain yang tidak seharusnya diperlekehkan mahupun dipandang rendah oleh seseteng pihak.

“Kami tidak pernah terfikir mahu menyakiti hati hamba-hamba Allah yang lain dengan pekerjaan mereka. Mengapa perlu kamu? Jangan panggil kami ‘retis’,” ujarnya.

Bagaimanapun, pengarah filem ParaXnormal itu tidak memperincikan perkongsian tersebut ditujukan kepada mana-mana pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN