PASIR MAS: Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi sekolah yang berisiko ditenggelami banjir pada tahun depan.
Ketua Setiausahanya, Datuk Ruji Ubi berkata, SOP itu akan menempatkan makmal, bilik guru dan buku teks di tingkat atas bangunan sekolah bagi mengelak ditenggelami air.
Menurutnya, pada masa sama bilik darjah yang terletak di tingkat bawah akan menggunakan peralatan diperbuat daripada plastik bagi mengelak kerosakan dan kerugian.
“Saya akan bawa cadangan SOP ini ke peringkat kementerian supaya ia terpakai di semua sekolah dan dapat digunapakai bermula tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti di sini, semalam.
Ruji memberitahu, sebanyak 15 bah sekolah rendah dan menengah terjejas banjir di negeri ini dengan sekolah di jajajan Pasir Mas dan Tumpat mengalami kerosakan yang terus akibat bah itu.
“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pengetua di setiap sekolah perlu membuat laporan segera berkaitan kemusnahan dan kerugian dihadapi.
“KPM seboleh-bolehnya mahu kerosakan itu dibaik pulih segera supaya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan lancar. – UTUSAN










