Insurans kelompok milik saya - isteri  Zahir

Insurans kelompok hadiah kepada saya – isteri Zahir

MOHAMAD Ebel Zulkarnain Mohd. Zahir (kanan) dan Mohamad Remy Iskandar berharap diberikan hak duit insurans kelompok arwah bapa mereka, Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: “Insurans kelompok itu merupakan hibah (hadiah) untuk saya.” 

Demikian tegas balu Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 36. 

Menurutnya, dia kecewa isu berhubung duit insurans itu kembali dibangkitkan selepas lima tahun pemergian arwah suaminya.

“Ia insurans tentera, ia bukan insurans biasa. Semua anggota tentera wajib ambil, ia bukan insurans takaful, ia insurans hibah.

“Jelas ditulis ia pemberian kepada saya 100 peratus, bukan penama seperti mana didakwa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. 

Kelmarin, bekas isteri Allahyarham, Jamilah Ismail, 42, mendakwa, biarpun empat tahun berlalu, dua anaknya masih lagi dinafikan hak duit insurans kelompok berjumlah RM274,000 yang didakwa dibayar syarikat insurans kepada  Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya.

Jamilah, 42, mendakwa, daripada jumlah tersebut, dia dimaklumkan, dua anaknya lelakinya, Mohamad Remy Iskandar, 13, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 14, layak menerima lebih RM64,000. 

Pada 4 September 2019, Mejar Mohd. Zahir yang merupakan Komando di Kem Sungai Udang, Melaka meninggal dunia akibat tertembak ketika membuat aksi gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah.

Anak kepada A.R Badul itu meninggal dunia semasa melakukan demonstrasi akibat maut kena tembakan pistol dipercayai tersasar lalu melepasi baju kalis peluru dipakai mangsa.

Susulan kejadian tersebut, timbul isu berhubung tuntutan pembahagian harta Allahyarham kepada Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain yang merupakan anak mangsa bersama bekas isteri pertamanya, Jamilah.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN