SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru hakim syarie di Mahkamah Syariah seluruh negara supaya berani bertindak tegas dalam membuat keputusan atau penghakiman. Ini kerana ketegasan hakim Mahkamah Syariah adalah perlu bagi mengatasi pihak yang cuba mempertikai bidang kuasanya dengan membawa persoalan undang-undangnya kepada tafsiran di mahkamah sivil. Baginda bertitah, hakim syarie perlu sentiasa berpegang prinsip keadilan menurut Islam selaras dengan seruan Allah SWT yang menyeru para hakim…