Dr. Mahathir dedah disiplin panjang umur

Dr. Mahathir dedah disiplin panjang umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad sering menerima persoalan tentang rahsia beliau mampu kekal sihat, aktif, dan bertenaga walaupun telah mencecah usia 99 tahun.  

Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia itu, tiada rahsia istimewa atau ramuan ajaib yang diamalkan untuk mencapai tahap kesihatan ini. 

Sebaliknya Dr. Mahathir yang kini mencecah usia 100 tahun menjelaskan, disiplin merupakan kunci utama beliau kekal sihat dan panjang umur. 

Kata beliau, spekulasi bahawa beliau menjalani pemindahan darah secara berkala itu disifatkan sebagai sesuatu yang ‘vampiristik’ dan tidak berasas.  

“Kunci utama kepada kesihatan saya adalah disiplin dalam menjalani kehidupan seharian.  

“Saya amalkan pemakanan secara sederhana, jauhi persekitaran negatif, serta memastikan pengamalan rutin kehidupan yang baik dan positif,” katanya dalam Expo Kesejahteraan Antarabangsa yang dimuatnaik dalam TikTok Chedetofficial.

Dr. Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau  dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat pada 16 Julai 1981 dan beliau merupakan Perdana Menteri paling lama mentadbir negara iaitu selama 22 tahun.

Pada 2018, setelah gabungan politik beliau memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, beliau menghormati masa, membaca dan menulis secara konsisten serta melakukan aktiviti fizikal secara berkala untuk mengekalkan kecergasan.  

“Disiplin bukan sahaja penting untuk kesihatan fizikal, tetapi juga untuk memastikan minda kekal tajam dan fokus,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya