ARAU: Lepasan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) terus laris dalam pasaran kerja dengan hampir 70 peratus mendapat kerja khususnya dalam industri kejuruteraan dan teknologi meskipun belum bergraduasi. Perkembangan tersebut menyaksikan Unimap boleh disifatkan sebagai ‘kolam bakat’ yang memberi sumbangan besar dalam industri berkenaan. Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, sehingga kini, seramai 3,139 graduan bersamaan 95.2 peratus, sudah mengisi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dikeluarkan oleh Kementerian…










