Perbicaraan kes saman: Saifuddin sinis, dakwa ikut 'cara' Sanusi 

Perbicaraan kes saman: Saifuddin sinis, dakwa ikut ‘cara’ Sanusi 

SAIFUDDIN NASUTION
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara bergurau menyifatkan penangguhan perbicaraan tuntutan kes saman yang dikemukakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor terhadapnya sebagai mengikut jejak langkah figura itu.

Katanya, Muhammad Sanusi sendiri pernah berbuat demikian iaitu memohon penangguhan ketika berdepan dengan pelbagai kes sebelum ini.

“Saya pun macam Menteri Besar Kedah juga yang apabila (perbicaraan) kes telah ditetapkan, dia pernah memohon penangguhan.

“Jadi, saya pun minta tangguh jugalah, saya ikut betul-betul macam Menteri Besar Kedah buat. 

“Nanti bila satu tarikh baharu ditetapkan, kita jumpa di mahkamah,” katanya ketika diminta mengulas berhubung saman yang dikemukakan Muhammad Sanusi terhadap beliau.

Beliau ditemui pemberita ketika Majlis Penyerahan Projek Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi sebelum ini tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan saman terhadap Saifuddin kerana mendakwa Menteri Dalam Negeri itu memfitnah beliau mencuri unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Beliau dilaporkan berkata, tarikh perbicaraan kes itu dijangka antara 11 hingga 13 November ini, namun, difahamkan, Saifuddin memohon agar ia ditangguhkan dengan alasan sibuk tugas kepada negara.

Terdahulu, Muhammad Sanusi memfailkan saman tersebut selepas Saifuddin gagal memohon maaf dan membayar pampasan kepadanya kerana didakwa memfitnahnya dalam dua program di Kedah dan Pulau Pinang.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan pada 3 Ogos menerusi firma guaman, Tetuan Faizi & Associates di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Menurut pernyataan tuntutan itu, Sanusi mendakwa Saifuddin mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE) dan dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN