Kawan terpaling mahu membela, belakang-belakang mengumpat juga - Abby Abadi - Utusan Malaysia

Kawan terpaling mahu membela, belakang-belakang mengumpat juga – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Abby Abadi berang apabila seorang individu yang didakwa rakan baik kepada Memey Suhaiza campur tangan dalam konflik keluarganya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menurut Abby, campur tangan individu berkenaan bukan sahaja bersifat berat sebelah, malah mengeruhkan lagi ketegangan yang masih belum reda.

“Kawan baik Memey sibuk ulas itu dan ini, akhirnya mengumpat juga di belakang. Baguslah tulis begini, senang saya jawab.

“Isunya sekarang, saya menuntut nafkah makan, minum dan tempat tinggal anak-anak yang tertunggak. Saya cuma mahukan keadilan kerana anak-anak sudah besar dan keperluan mereka semakin banyak.

“Kalau saya tidak bersuara, memang berkira sungguh dengan anak-anak. Cerita tentang bersalin dan beranak saya bangkitkan kerana mahu orang tahu dia memang berlaku zalim sejak dahulu lagi,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam hantaran sama, Abby turut mempersoalkan tindakan individu berkenaan yang hanya berkongsi tentang kebaikan Memey dan menyembunyikan keburukan yang dilakukan pelakon tersebut.

“Banyak lagi cerita belum habis. Awak cakap Memey baik, selalu belanja makan, pernah datang buat siaran langsung di pejabat, bawa anak-anak menginap di hotel. Itu sahaja?

“Kenapa tidak cerita pasal anak saya terpaksa letak beg di luar rumah? Kenapa tidak cerita pasal beg anak dipunggah dan kemudian diburukkan kepada orang lain? Itu semua tak mahu kongsi?,” soalnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Gerak Khas itu turut menafikan dakwaan individu terbabit yang mendakwa dia pernah meluahkan hasrat untuk menunaikan umrah menggunakan tiket kelas perniagaan

“Saya tertarik bila kata saya hendak ikut umrah naik kelas perniagaan. Bila masa? Saya tak pernah minta. Siapa yang bercerita tu kalau bukan Memey kan.
Awak ingat saya terhegeh-hegeh macam awak? Saya tak hadap pun semua itu.

“Tolong semak semula WhatsApp, dari mana datang cerita umrah dan kelas perniagaan tersebut. Mulut siapa yang bawak cerita ni? Kalau berani, datang cakap depan-depan. Awak siapa sebenarnya dan apa tujuan awak campur urusan saya?,” jelasnya.

Bagaimanapun, Abby turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu tersebut yang mempertahankan Memey tanpa mengetahui hujung pangkal cerita.

“Kawan terpaling nak membela. Seronoklah sebab selalu dibelanja. Dulu bukan macam itu pun. Belakang-belakang tetap mengumpat juga, jangan ingat tak ada orang sampaikan.

“Kalau dia layan baik anak Norman sekali pun, apa masalah awak? Bukan anak saya seorang sahaja. Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam. Datang depan mata kalau berani,” katanya di Instagram Story.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang individu dipercayai rakan kepada Memey memuat naik kenyataan mendakwa Abby mahu dilayan istimewa termasuk ingin menginap di hotel mewah, menyertai umrah dengan tiket kelas perniagaan serta sering mempersoalkan layanan diterima daripada orang sekeliling.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN