SHAH ALAM: Kerajaan didakwa tidak tegas dan hambar dalam menangani isu membabitkan Laut China Selatan. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, respons kerajaan terhadap ugutan pengawal pantai China yang menceroboh wilayah perairan Malaysia dilihat hambar. Menurut beliau, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) tidak tegas dalam mempertahankan kedaulatan wilayah negara. “Ketika tentera laut negara kita sedang berhadapan…










