PARIS: Victor Osimhen menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan Tottenham Hotspur 3-2 dalam saingan Liga Europa di Istanbul pagi ini
Juara Liga Turkiye itu kini mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan dan berada dalam kedudukan selamat untuk layak ke pusingan kalah mati manakala Spurs di tempat kelima selepas tewas pada perlawanan itu.
Galatasaray mendahului permainan menerusi jaringan Yunus Akgun yang merembat bola dari jarak jauh seawal minit keenam.
Namun, pelawat tidak menunggu lama untuk menemui gol penyamaan 12 minit kemudian menerusi pemain remaja Spurs, Will Lankshear yang bingkas menyambar bola hantaran jauh rakan sepasukan, Brennan Johnson.
Tuan rumah sekali lagi menguasai permainan lapan minit sebelum rehat menerusi Osihem yang menyumbat dua gol manakala Spurs merapatkan jurang setelah Dominic Solanke mengejutkan tuan rumah minit ke-69.
Pemain Nigeria itu kini mengumpul enam gol daripada lapan perlawanan sejak meninggalkan Napoli. – AFP/UTUSAN










