PETALING JAYA: Penganalisis politik menyifatkan politik Malaysia bersifat retorik dengan hanya memfokuskan perkara-perkara sensasi berbanding membincangkan mengenai dasar dan polisi untuk kepentingan negara. Penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan berkata, perkara tersebut bukan sahaja menjadi fokus ahli-ahli politik di pentas ceramah tetapi turut di dalam Parlimen. Kata beliau, perkara tersebut boleh dilihat betapa tohornya perbahasan mengenai sesuatu Rang Undang-Undang (RUU) atau polisi di dalam Dewan Rakyat yang secara langsung menunjukkan pembahas…










