STL GP Perak: NS Antlers mudah atasi Kelantan Warriors - Utusan Malaysia

STL GP Perak: NS Antlers mudah atasi Kelantan Warriors

PEMAIN NS Antlers, Muhammad Hafizul Hayazi melakukan libasan sambil dihalang pemain Kelantan Warriors, Mohamad Haikal pada STL GP Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Negeri Sembilan Antlers mudah melepasi halangan pertamanya, Kelantan Warriors 2-0 dalam saingan Sepak Takraw League (STL) Emas Anuar GP Perak di Stadium Indera Mulia di sini, semalam.

Trio Negeri Sembilan terdiri daripada Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Hafizul Hayazi Adnan, Muhammad Noor Fame hanya mengambil masa tidak sampai 50 minit untuk menumpaskan regu Kelantan Warriors  15-10,15-8.

Regu Kelantan Warriors yang membariskan Muhammad Fakhrul Akmal, Mohamad Haikal dan Muhammad Ali ternyata bukan tandingan regu Antlers.

Walaupun cuba memberi tentangan tetapi lawan mereka ternyata berada dalam kelas sendiri.

Sementara itu, Bomba Fighters bangkit pada set ketiga untuk mengecewakan KPT-Masum Knights 2-1.

Bomba bermula dengan baik untuk memenangi set pertama 15-11 tetapi Masum Knight bangkit pada set kedua dengan kemenangan 15-12.

Pengalaman ternyata menjadi pemisah antara pemain Bomba dengan regu muda Masum.

Trio Bomba mudah menang set ketiga itu 15-9 untuk mengutip mata kemenangan pasukan.

Sementara itu tuan rumah, Perak Bison terpaksa mengerah keringat dalam pertarungan tiga set sebelum dapat menjinakkan Selangor Piston.

Dalam perlawanan mendebarkan selama 110 minit itu Perak menang set pertama 17-16 tetapi tumpas set kedua 12-15.

Bagaimanapun trio Kritsada (tekong), Aizat Nordin (apit kanan) dan Asyraf memanfaatkan sokongan padu ribuan penyokong untuk mengutip mata kemenangan dengan 15-13. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya