SPRM perlu peruntukan besar tangani rasuah

SPRM perlu peruntukan besar tangani rasuah

DATUK DR. KASSIM NOOR MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan peruntukan yang tinggi bagi menangi jenayah rasuah yang semakin mencabar.

Naib Canselor Enforcement, Leadership and Management University (ELMU), Prof. Datuk. Dr. Kassim Noor Mohamed berkata, langkah kerajaan Madani menambah peruntukan untuk badan penguatkuasaan patut disokong.

Kata beliau, SPRM khususnya memerlukan peruntukan yang banyak bagi menangani isu rasuah besar dan juga ketirisan kewangan.

“Tanggungjawab SPRM amat besar dan kejayaan badan itu menangani isu rasuah boleh dibanggakan.

“Namun demikian SPRM perlu mendapat lebih lagi sokongan dan bantuan kewangan dalam memperkasakan profesionalisme pegawai-pegawai mereka yang menangani jenayah penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang semakin sofistikated dan juga amat sukar disiasat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan kepada SPRM sebanyak RM360 juta pada Belanjawan 2025 Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Kassim berkata, penambahan peruntukan itu daripada RM338 juta tahun lalu adalah patut disokong.

“Kalau kita lihat, banyak jenayah bukan saja rasuah, malah jenayah terancang ataupun organized crimes kini amat canggih dalam percubaan mereka untuk mengelak dikesan oleh penguatkuasa undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN