‘Senarai’ Presiden bukan kelebihan

‘Senarai’ Presiden bukan kelebihan

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhak memilih calon bukan dalam ‘senarai’ Presiden kerana ia adalah hak demokrasi untuk memi­lih pemimpin bagimenduduki mana-mana jawatan termasuklah Naib Presiden.

Calon Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, meskipun nama­nya ada dalam ‘senarai’ yang dise­but Presiden untuk mengekalkan jawatan tersebut, namun ia tidak menganggap perkara itu sebagai kelebihan buat dirinya.

Ronald yang turut menafikan dirinya ‘dipayungi’ Presiden juga berkata, beliau mempunyai kekuatan tersendiri berdasarkan pengalamannya sebagai Naib Presiden sebelum ini.

FORMULA

“Saya tawarkan diri bukan kerana formula yang dicatur Presiden, tetapi saya telah lama berkhidmat dan kali ini saya ingin membantu parti dengan idea, tenaga dan masa saya bagi membentuk semula parti, de­ngan isu Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Jadi saya merasakan diri saya diperlukan untuk penggal kedua ini bagi menyusun dasar dan strategi perjuangan Bersatu,” katanya ketika dihubungi, Utusan Malaysia, semalam.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak mempunyai masalah jika penyandang Naib Presiden iaitu Ronald dan dan Datuk Dr. Radzi Jidin menawarkan diri mempertahankan jawatan mereka.

Dua nama itu juga termasuklah Datuk Seri Ahmad Faizal Azu­mu yang bersetuju sebelum ini ‘berundur’ untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi jawatan Timbalan Presiden dan Muhyiddin mencadangkan Ahmad Faizal untuk jawatan Naib Presiden.

PERPECAHAN

Mengulas lanjut, Ronald turut berkata, formula yang dibuat Presiden itu secara jelas adalah bagi mengelakkan perpecahan, namun ia tidak bermakna menghalang mana-mana calon untuk bertanding.

“Formula yang diketengahkan Presiden adalah formula yang dikehendaki MPT, ia dimulakan dengan satu retreat dalam kalangan MPT dan membincangkan hala tuju parti bagi menghadapi cabaran dan secara ringkasnya adalah mengelakkan perbalahan dalam parti.

“Jadi bab nama itu kita serahkan kepada Presiden, MPT hanya hanya bagi ruang dan mandat kepada Presiden untuk melakarkan satu formula yang bertujuan untuk mengelakkan perbalahan. Bagaimanapun, ia tidak menghalang kepada sesiapa untuk menawarkan diri untuk bertanding di mana-mana jawatan,” ujarnya.

Ronald dalam masa yang sama turut menjelaskan ia tidak akan memberi sebarang kesan sekiranya perwakilan tidak mengikut percaturan Presiden kerana ia hanyalah sekadar formula yang dicadangkan untuk barisan kepimpinan Bersatu bagi 2024-2027.

Untuk rekod, enam calon akan bersaing merebut tiga jawatan Naib Presiden Bersatu pada pemilihan parti itu bulan depan.

Selain Ronald dan Radzi Jidin dalam misi mempertahankan jawatan mereka, manakala Ahmad Faizal akan bersaing de­ngan mereka.

Baki tiga calon lain ialah Timbalan Ketua Bersatu Selangor, Rafiq Abdullah, Ketua Penera­ngan Bersatu, Datuk Razali Idris dan Ketua Bersatu Batu Kawan, A’ziss Zainal Abiddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN