KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menebang hutan untuk membuka ladang kelapa sawit baharu kerana keluasan tanaman komoditi itu yang kini berjumlah 5.7 juta hektar sudah mencukupi. Sebaliknya, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, fokus negara kini adalah kepada usaha meningkatkan hasil pengeluaran sawit secara mampan dan mendapat nilai paling maksimum berbanding memperluaskan penggunaan tanah. Katanya, walaupun ladang kelapa sawit Malaysia hanya membentuk 0.1 peratus daripada tanah…










