Guna teknologi rawatan efluen sawit elak pencemaran

Guna teknologi rawatan efluen sawit elak pencemaran

Efluen sawit
JOHARI Abdul Ghani melihat mesin Rawatan Efluen Kilang Kelapa Sawit (POME) tanpa kolam rawatan selepas melancarkan teknologi RT Eco di Seri Morib Palm Oil Mill Sdn Bhd, Morib, di Kuala Langat, Selangor, semalam. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pemain industri minyak sawit terutama berskala kecil disaran menggunakan teknologi rawatan tapisan efluen sawit yang lebih teratur di premis mereka bagi mengelak berlakunya pencemaran.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, teknologi dalam rawatan efluen itu menjadi fokus utama dunia bagi mengurangkan kesan negatif pengeluaran sawit.

“Bagaimanapun, pengilang kecil tidak berupaya menanggung kos tinggi penggunaan teknologi itu yang memerlukan kolam takungan besar. Namun, kita mempunyai modul teknologi baharu sistem penapisan efluen tersebut yang lebih murah namun dilihat efektif.

“Saya sudah mengarahkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengkaji teknologi itu terutama ketahanan dan keberkesanannya sebelum ia diperluaskan ke kilang sawit lain,” katanya selepas melancarkan modul sistem hibrid RT ECO Technology di Seri Morib Palm Oil, Banting, semalam.

Sistem dibangunkan syarikat Meru Jaya POME Solutions itu meliputi penggunaan teknik elektrokimia bagi mengoksidakan komponen organik dalam efluen kilang minyak sawit (POME) dan mengubahnya menjadi sebatian yang lebih selamat.

Menurut Johari, teknologi rawatan dari Singapura itu dilihat bersesuaian dalam memenuhi permintaan pasaran dan mengukuhkan kemampanan pengeluaran sawit negara.

“Industri sawit dunia akan melihat bagaimana Malaysia membuat rawatan sisa efluen itu jika mahu membeli minyak sawit kita.

“Ini merupakan salah satu strategi bagi menggalakkan lebih banyak inovasi baharu dalam membersihkan sisa kilang sebelum ia disalurkan ke longkang,” ujarnya.

Katanya lagi, Malaysia perlu menjaga reputasi sebagai pengeluar sawit kedua terbesar dunia dan menjadi antara tiga komoditi utama negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN