Tiga penagih ditangkap curi sawit untuk beli dadah

Tiga penagih ditangkap curi sawit untuk beli dadah

Salah seorang suspek yang berjaya ditangkap selepas mencuri buah kelapa sawit dari ladang SALCRA di Saratok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARATOK: Tiga penagih dadah ditangkap selepas mencuri kelapa sawit dari sebuah ladang SALCRA, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden P Mathew Manggie berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan yang positif syabu itu dicekup pada Jumaat lalu semasa berada di rumah masing-masing selepas menjual hasil curian sawit terbabit.

“Kegiatan mereka terbongkar setelah suspek pertama memberikan maklumat rakan sejenayahnya dan suspek kedua serta ketiga juga mengaku melakukan kegiatan itu bagi membeli bekalan dadah,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Menurutnya, polis menahan suspek pertama berusia 36 tahun, susulan laporan yang diterima pada Rabu daripada Polis Bantuan yang bertugas di ladang terbabit.

Katanya, semasa pengadu membuat rondaan bersama seorang lagi rakannya, mereka telah terserempak dengan sebuah Toyota Hilux di kawasan ladang.yang telah diisi dengan beberapa tandan buah kelapa sawit di belakangnya, dipercayai buah kelapa sawit milik SALCRA.

“Pengadu dan dua pekerja ladang cuba menahan hilux tersebut namun gagal dan suspek telah melarikan diri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN