PETALING JAYA: Artis serba boleh, Che Puan Sarimah Ibrahim menasihati mana-mana pengacara untuk menghindari sebarang topik atau jenaka yang berkemungkinan mengguris perasaan orang lain. Jelas Sarimah, 46, walaupun interpretasi lawak adalah di luar kawalan pengacara majlis, mereka sepatutnya bijak menapis diri daripada mengeluarkan kenyataan sensitif lebih-lebih lagi jika mempunyai hubungan tidak baik dengan individu dimaksudkan. “Walaupun majikan sudah berikan garis panduan mengelola majlis, namun pengacara perlu bijaksana dan peka dengan…










