Culik: Tahanan reman 10 suspek dilanjut tujuh hari

Culik: Tahanan reman 10 suspek dilanjut tujuh hari

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perintah tahanan reman 10 suspek kes penculikan seorang ahli perniagaan pada 13 Oktober lalu, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Turut ditahan reman seorang suspek lelaki berusia 30-an yang ditahan di kawasan Senai, semalam.

Perintah reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nor Farhana Mohd. Ishak pagi tadi.

Kesemua 10 suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an sebelum ini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan di bawah Akta Penculikan 1962.

Sebelum ini, media melaporkan seorang ahli perniagaan diculik oleh beberapa lelaki dalam kejadian di daerah ini sebelum dibebaskan selepas wang tebusan dibayar, dipercayai sebanyak RM20 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN