'Bebas Bossku' bergema di hadapan Mahkamah Tinggi KL

‘Bebas Bossku’ bergema di hadapan Mahkamah Tinggi KL

Diantara penyokong Najib Abdul Razak yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sorakan dan teriakan ‘Bebas Bossku!’ bergema di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Teriakan dilontarkan penyokong sambil memegang ‘bunting’ memaparkan ‘Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Abdul Razak’.

Mahkamah Tinggi hari ini akan memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan atau diperintah membela diri atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dijadualkan membaca keputusan itu pada pukul 9 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya