449 kawasan berisiko banjir di Terengganu

449 kawasan berisiko banjir di Terengganu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu mengenal pasti sebanyak 449 kawasan berisiko banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal berlaku pada akhir bulan ini hingga Mac depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri (Pengurusan Bencana), Hanafiah Mat berkata, daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah kawasan berisiko tertinggi iaitu sebanyak 97 lokasi.

Katanya, sebanyak 66 lokasi dikenal pasti di daerah Hulu Terengganu diikuti Setiu (58 kawasan), Dungun (56) kawasan) dan Kemaman 55 kawasan.

“Di daerah Kuala Nerus pula, sebanyak 48 kawasan dikenal pasti manakala Marang (35 kawasan) dan Besut 34 kawasan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Baru-baru ini, Jabatan Me­teorologi Malaysia mengeluarkan amaran terdapat lima hingga tujuh luruan monsun membawa episod hujan lebat dan berterusan terutama di Pantai Timur Semenanjung.

Situasi itu berisiko menyebabkan kawasan penempatan penduduk di kawasan rendah dan pinggir sungai dilanda banjir.

Hanafiah berkata, kerajaan negeri dan pihak berkuasa lain melakukan persiapan awal de­ngan mengarahkan setiap aset, logistik dan sistem amaran awal bencana diperiksa agar berfungsi dengan baik untuk meminimumkan kerosakan akibat banjir.

“Beberapa pelan tindakan juga telah dibincangkan menerusi Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Menghadapi MTL, baru-baru ini.

“Oleh itu, kita berharap penduduk di kawasan berisiko lebih berhati-hati dengan sebarang perubahan cuaca sekitar kawasan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×