GUA MUSANG: Selepas hampir sebulan bertarung nyawa, wanita yang dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, di sini pada 9 Julai lalu semakin pulih biarpun terpaksa ditidurkan beberapa kali semasa menjalani rawatan. Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini sudah boleh menjalani kehidupan seperti individu normal lain selepas dibenarkan keluar hospital pada 7 Ogos lalu walaupun beberapa organ dalamannya seperti hati, paru-paru dan buah pinggang hampir rosak selain…










