Rafiq cipta hatrik di KLIO 2026

Rafiq cipta hatrik kejuaraan di KLIO 2026

MUHAMMAD Rafiq Ismail. - IHSAN ABF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Pemain boling lelaki negara, Muhammad Rafiq Ismail meneruskan rentak cemerlangnya apabila merangkul gelaran juara Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIO) 2026 di Sunway Megalanes, hari ini.

Kejayaan itu melengkapkan hatrik kejuaraan buat Rafiq selepas sebelum ini menawan gelaran Terbuka Malaysia dan Terbuka Singapura sepanjang bulan ini.

Lebih manis, pencapaian tersebut mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain No. 1 negara selain membuktikan dia berada pada tahap prestasi terbaik menjelang beberapa kejohanan penting yang bakal diharungi hujung tahun ini.

Rafiq mengakui kejayaan memenangi tiga kejohanan berturut-turut menjadi antara detik paling bermakna sepanjang kariernya dalam sukan boling.

Menurutnya, konsistensi yang dipamerkan ketika ini bukanlah sesuatu yang mudah dicapai dan hasil tersebut hadir menerusi kerja keras serta sokongan daripada pelbagai pihak.

“Sudah tentu saya sangat gembira kerana berjaya memenangi ketiga-tiga kejohanan yang saya sertai sepanjang bulan ini.

“Bagi saya, ini antara pencapaian paling manis dalam karier dan saya amat bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga, isteri, MTBC, MSN, ISN, MBPJ serta para penaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN