Tiga lelaki warga asing larikan wang tunai AS$30,000 dituduh esok - Utusan Malaysia

Tiga lelaki warga asing larikan wang tunai AS$30,000 dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis akan melakukan pertuduhan terhadap tiga lelaki warganegara asing selepas ditahan kerana melarikan wang tunai lebih RM130,000 (AS$30,000) di Mid Valley, dekat sini pada 9 Ogos lalu. 

Kesemua suspek akan dituduh dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pertuduhan bagi berkenaan akan dibuat kira-kira pukul 9 pagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang 9 Ogos itu, ketiga-tiga suspek dikatakan bertemu dengan seorang mangsa dan rakannya bagi berbincang mengenai urusan jual beli emas dan berlian di pusat beli belah pusat beli-belah The Gardens Mall, Mid Valley dekat sini.

Secara tiba-tiba,, kesemua suspek telah memukul mangsa dan rakannya sebelum melarikan diri bersama wang tunai berkenaan.

Dalam kejadian itu, mangsa serta rakan mengalami kecederaan ringan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN