SPRM sambung rakam keterangan James Chai esok

SPRM sambung rakam keterangan James Chai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses merakam keterangan bekas pegawai, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli iaitu Chai Jin Shern atau James Chai akan disambung esok.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Azam berkata, sesi hari ini berjalan lancar dan mengambil masa kira-kira lapan jam tanpa sebarang masalah.

“Proses rakaman percakapan berjalan dengan baik dan mengambil masa sekitar lapan jam hari ini. Kita akan menyambung rakaman percakapan beliau esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

James Chai dijangka hadir semula ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok pagi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Pada 1 April lalu, SPRM mengeluarkan surat menetapkan James Chai untuk hadir dalam tempoh dua minggu.

James Chai telah dikenal pasti sebagai individu yang diperlukan untuk membantu siasatan.

Pada 4 Mac lalu, SPRM juga telah mengeluarkan Notis Mengesan Individu bagi mengesan James Chai.

Susulan itu, SPRM menerima surat daripada Tetuan individu terbabit bertarikh 9 Mac lalu yang memaklumkan bahawa James Chai tidak dapat hadir untuk dirakam percakapan dengan alasan kos penerbangan dan kekangan pekerjaan.

SPRM kemudiannya telah mengeluarkan surat balas bertarikh 13 Mac lalu memberi lanjutan masa untuk James Chai hadir pada 31 Mac namun beliau sekali lagi gagal memaklumkan keinginan untuk hadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN