JDT II lonjak tangga teratas Liga A1 Semipro - Utusan Malaysia

JDT II lonjak tangga teratas Liga A1 Semipro

GAMBAR IHSAN PERAK FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Johor Darul Ta’zim (JDT) II melonjak ke tangga teratas Liga AI Semi-pro apabila membenam Perak FA 3-0 dalam perlawanan di Kompleks Bola Sepak Perak di Chepor di sini hari ini.

Dengan kemenangan itu, JDT II kini mengumpul 55 mata untuk memintas Selangor FC II yang menduduki tangga teratas sebelum ini dengan 52 mata.

Pada aksi di laman sendiri, Perak yang sebelum ini membelasah Bunga Raya FC 6-2, gagal mengulangi persembahan sama.

Pasukan pelawat mendahului melalui jaringan G. Pavithran pada mini ke-16, disusuli jaringan kedua menerusi Bermejo Celso pada minit ke-54.

Nasib pasukan tuan rumah bertambah malang apabila Muhammad Fadhil Azmi tertendang bola ke gawang sendiri dua minit sebelum perlawanan tamat untuk gol ketiga pasukan pelawat.

Dengan kekalahan tersebut, harapan Perak FA untuk menamatkan saingan pada kedudukan kedua teratas liga turut musnah.

Sebaliknya, anak buah Syamsol Saad hanya berpeluang menduduki kedudukan ketiga. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN