Pesawat MAS ke Seoul terpaksa berpatah balik Pesawat MAS ke Seoul terpaksa berpatah balik

Pesawat MAS ke Seoul terpaksa berpatah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH66 ke Seoul, Korea Selatan dilaporkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Laman FlightRadar24 menyaksikan pesawat Airbus A330-323 itu yang berlepas sekitar tengah malam tadi berpatah balik ke KLIA. 

Utusan Malaysia sedang mendapatkan Malaysia Airlines berhubung insiden tersebut. 

Kejadian itu merupakan antara insiden terbaharu membabitkan pesawat MAS yang terpaksa dilencongkan baru-baru ini. 

Sebelum ini, sebuah pesawat penerbangan MAS ke Jeddah pada 4 Ogos baru-baru ini terpaksa berpatah balik ke KLIA berikutan masalah teknikal selain penerbangan ke Bangkok pada 24 Jun lalu turut dilapor berpatah balik selepas mengalami masalah tekanan udara. _ UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN