KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga ikan dan buah-buahan tempatan berkongsi rezeki dengan menyediakan 15,000 kilogram durian kampung secara percuma kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang setia menyokong perniagaannya. Sauffian Sauji, 39, berkata, durian yang dibawa khas dari Melaka, Perak dan Johor itu disediakan di cawangan Ikan Flyover Kebor Besar, Manir di sini, semalam. Katanya, program itu diadakan buat julung kali sejak menceburi perniagaan, selain bersempena sambutan ulang tahun…










