PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) mengarahkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merombak semula proses membuat tuntutan faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) daripada para pencarum agensi itu bagi mengelak berlakunya penipuan. Menterinya, Steven Sim berkata, rombakan yang akan diteliti lebih lanjut itu bermula daripada proses membuat tuntutan, semak dan imbang sehinggalah ke peringkat akhir. “Kita bertekad memerangi kegiatan penipuan itu secara habis-habisan kerana peruntukan faedah ini adalah untuk disalurkan kepada pencarum…