SEREMBAN: Promosi bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan bas henti-henti mesti dirancakkan supaya memberikan manfaat secara menyeluruh selain menjadi mod pengangkutan awam berkesan terutamanya di luar Lembah Klang. Langkah tersebut supaya peruntukan yang sudah dibelanjakan kerajaan menerusi pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti atau (SBST) di beberapa buah negeri termasuk Negeri Sembilan adalah berbaloi. Naib Setiausaha, Pertubuhan Untuk Penambahbaikan Pengangkutan Awam (Transit Malaysia) Cheong Sze Hoong berkata, promosi berkenaan perlu…










