'Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa'

‘Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa’

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa mereka bukan subjek dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan Kertas Pandora serta Kertas Panama.

Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Mirzan Mahathir dalam satu kenyataan bersama berkata, notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap bapa mereka.

“Ia tidak berkaitan dengan sebarang pendedahan dalam Kertas Pandora dan Kertas Panama.

“Seperti yang dinyatakan oleh (Ketua Pesuruhjaya SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam sidang media semalam, kami sedaya-upaya memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM untuk memastikan penyelesaian yang positif dapat dicapai,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, SPRM mengesahkan dua anak bekas Perdana Menteri itu sudah mengisytiharkan harta mereka.

Azam berkata, Mokhzani dan Mirzan masing-masing telah mengisytiharkan harta mereka ketika dalam tempoh yang ditetapkan oleh badan pencegahan rasuah itu.

Bulan lalu, SPRM dilaporkan memberi tambahan sebulan lagi kepada dua beradik itu untuk mengisytiharkan aset masing-masing selepas diberi lanjutan sama pada Mei lalu.

Mirzan dan Mokhzani diarahkan SPRM pada Januari lalu untuk mengisytiharkan aset mereka sejak 1981, ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN