‘Mengapa letak syarat jika mahu kerjasama?’

‘Mengapa letak syarat jika mahu kerjasama?’

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Awan) mempersoal tindakan Pas yang meletakkan syarat kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) perlu dilakukan tanpa melibatkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Ketuanya, Dr. Hafidzah Mustakim berkata, Awan me­ngalu-alukan perkara itu sebagaimana saranan yang dilontakan oleh Yang di-Dipertuan Agong semasa proses pembentukan kerajaan pada 2022.

Bagaimanapun, katanya, ker­ja­sama itu memerlukan tole­ransi dan mengikut dasar yang betul ke arah perpaduan.

“Lagipun isu ini (Pas hendak bergabung dengan UMNO) sudah lama kita dengar. Apapun ruang terbuka luas,” katanya selepas sambutan Maulidur Rasul di Taman Hijau di sini, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan UMNO kecuali dengan Presidennya iaitu Ahmad Zahid dalam usaha menghidupkan semula MN yang dibentuk kedua-dua parti itu pada 14 September 2019.

Katanya, langkah itu diambil sebagai usaha untuk menyatukan orang Melayu Islam dan bumiputera.

MN terbentuk hasil piagam dimeterai UMNO dan Pas ketika Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019 selepas negara mengalami kemelut politik pada 2020 akibat peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Sekutu kerjasama itu bertambah apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan berpihak kepada MN sebelum membentuk gabungan politik baharu iaitu Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×