Ibu Amar Baharin ditawar tanah lain - Utusan Malaysia

Ibu Amar Baharin ditawar tanah lain

Tanah ibu Amar Baharin
YUSRI Zakariah ditemui pemberita sidang media Operasi Bersepadu Khazanah (Inter Agensi) di Markas Operasi Pasukan Polis Marin PDRM, Wilayah 1, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ibu pelakon, Amar Baharin akan diberikan tanah lain yang dikenal pasti sebagai penyelesaian kepada isu pertindihan hak milik yang dihadapi di Semenyih, Hulu Langat sebelum ini.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Datuk Dr. Yusri Zakariah berkata, penyelesaian terebut kini dalam peringkat akhir dan dalam proses mengangkat kertas kerjanya kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Kita sudah panggil untuk pendengaran sebab isu pasal tanah tersebut bukan sahaja berkaitan ibu Amar Baharin malah ada beberapa pemilik lain.

“Ada enam hingga tujuh tanah terlibat. Semua pihak (pemilik tanah) sudah bersetuju, cuma sekarang proses dalam memberikan hak milik tanah ikut lokasi yang sudah dikenalpasti.

“Kita juga dalam proses angkat ‘paper’ kepada MMKN bagi tujuan pemberian pemilikan tanah yang terlibat termasuk kepada ibu Amar Baharin,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Utusan Malaysia pada April lalu melaporkan, Amar, 39. memohon penjelasan daripada PTGS berikutan kes tanah milik keluarganya belum ada jalan penyelesaian.

Menerusi perkongsian di laman media sosial, X, Amar mendakwa tanah yang terletak di Semenyih itu mempunyai dua geran tanah yang berbeza selepas membuat lawatan tapak tanah di sana.

Dalam pada itu, Yusri menjelaskan isu pertindihan dan pemilikan tanah tersebut berpunca dari segi teknikal yang sebelum ini dibuat secara manual menerusi lukisan pelan melalui tangan.

Menurutnya, kerja-kerja berkaitannya kini dilakukan menggunakan sistem e-tanah sejak November tahun lalu.

“Ini termasuk dalam kes ibu Amar Baharin. Sebab itu tanah hak milik lain dan tanah diduduki tempat lain. Jadi, kita betulkan.

“Melalui sistem e-tanah, pertindihan akan dapat diminimumkan atau tidak lagi wujud sebab sebelum semua maklumat dimasukkan dalam sistem, kita periksa. Kalau ada tanah bertindih, kita buat penyelesaian (sebelum masuk sistem),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN