Wanita maut kemalangan di Kesas

Wanita maut kemalangan di Kesas

Wanita maut kemalangan
TANGKAP layar kemalangan yang menyebabkan seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dilanggar oleh sebuah kereta lain yang hilang kawalan dekat KM 30.7 Lebuhraya Kesas di Shah Alam, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang wanita maut selepas Perodua Axia yang dipandunya dihentam oleh sebuah kereta Nissan Almera dekat Kilometer (KM) 30.7 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, pemandu Perodua Axia itu membawa seorang lagi wanita dan anaknya yang bersekolah rendah.

Siasatan mendapati kereta Nissan Almera dipandu oleh lelaki berusia 50-an hilang kawalan lalu melanggar kereta wanita berkenaan menyebabkan pemandunya berusia 20-an meninggal dunia di tempat kejadian

“Sementara penumpang yang merupakan kakak ipar pemandu berkenaan mengalami kecederaan di kepala serta muka dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menerima rawatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu bolehlah tampil ke ke hadapan memberikan keterangan bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN